PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Keusahawanan & Sosioekonomi

Usahawan bimbingan NADI PPR Hiliran berniaga Nasi Dagang

Seorang peserta kelas keusahawanan di NADI PPR Hiliran telah membuktikan bahawa ilmu dan bimbingan yang konsisten mampu mengubah perniagaan kecil menjadi lebih berdaya saing. Peserta ini telah mengikuti kelas keusahawanan dan pemasaran yang dianjurkan di NADI PPR Hiliran selama tempoh enam (6) bulan, dengan fokus kepada pembangunan kemahiran pemasaran dan pengurusan perniagaan makanan. Sepanjang tempoh penyertaan, peserta telah didedahkan kepada pelbagai ilmu pemasaran keusahawanan, antaranya asas pemasaran digital, strategi promosi menggunakan media sosial, teknik penghasilan kandungan yang menarik, penjenamaan produk, serta pengurusan tempahan pelanggan secara sistematik. Ilmu yang diperoleh tidak hanya bersifat teori, malah diaplikasikan secara praktikal dalam perniagaan tempahan makanan yang diusahakan. Hasil daripada penerapan ilmu pemasaran yang dipelajari, peserta berjaya meningkatkan keyakinan dalam mempromosikan perniagaan, memperluaskan capaian pelanggan serta mengurus tempahan dengan lebih teratur. Perniagaan makanan yang sebelum ini hanya beroperasi secara kecil-kecilan kini mula menerima tempahan secara konsisten daripada pelanggan sekitar komuniti dan juga melalui platform dalam talian

Alamat

No. Tel

Waktu Operasi