Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu telah menganjurkan Program Akademi ASAS Penerangan (DUN Bandar) pada 18 Ogos 2026 (Selasa) bertempat di NADI PPR Hiliran, Kuala Terengganu dengan penyertaan seramai 60 orang.
Program ini melibatkan pengisian seperti taklimat pengucapan awam dan komunikasi berkesan, isu semasa berkaitan krisis bekalan global, perkongsian teknik mencipta video media sosial serta sesi soal jawab dan sembang santai bersama komuniti.
Turut diadakan hebahan berkaitan isu jenayah penyeludupan migran, penipuan scammer dan buli sebagai usaha meningkatkan kesedaran serta pengetahuan masyarakat.
Terima kasih kepada semua agensi kerjasama, komuniti dan peserta yang telah menjayakan program ini. 




