PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Pendidikan

Kemampuan Adik Naufal menggunakan mikrobit melalui pembelajaran Tinytechies di NADI PPR Hiliran

Program TinyTechies yang dijalankan di NADI PPR Hiliran telah memberi impak positif kepada pembangunan kemahiran digital kanak-kanak dan remaja, khususnya dalam bidang teknologi dan pengaturcaraan. Salah satu kisah kejayaan yang membanggakan ialah pencapaian Adik Naufal, peserta kelas Micro:bit dan Robotik. Adik Naufal telah menghadiri kelas Micro:bit dan Robotik yang dianjurkan secara berperingkat di NADI PPR Hiliran. Sepanjang penyertaan, beliau diperkenalkan kepada asas pengaturcaraan menggunakan set Micro:bit, termasuk memahami fungsi komponen, penggunaan sensor asas, serta pengaturcaraan ringkas menggunakan persekitaran visual yang mudah difahami. Melalui bimbingan dan latihan berterusan, Adik Naufal menunjukkan peningkatan yang ketara apabila beliau telah pandai menggunakan set Micro:bit secara kendiri, termasuk menulis atur cara asas, mengawal pergerakan robot serta menyelesaikan tugasan yang diberikan semasa sesi pembelajaran. Kemahiran ini bukan sahaja meningkatkan minat beliau terhadap teknologi, malah membina keyakinan diri dalam meneroka dunia STEM dan inovasi digital.

Alamat

No. Tel

Waktu Operasi

Sekolah Kebangsaan Paya Bunga

Sekolah Kebangsaan Paya Bunga merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Tok Lam , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Alamat

Sekolah Kebangsaan Paya Bunga Jalan Tok Lam , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia

No. Tel

096231733

Waktu Operasi