Telah berlangsung Program Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) – Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026 x JAGO di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu pada 15 Ogos 2026.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara antaranya Senam Seni Merdeka, Kuiz Kenegaraan, Sukaneka, Konvoi KMJG 2026 x JAGO, Persembahan silat serta Persembahan pentas utama JAGO. Seramai 30 Komuniti Madani dun Bandar telah terlibat. Kemuncak program turut menyaksikan sesi pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan orang awam sebagai simbol semangat cintakan negara dan kebersamaan rakyat dalam menyambut Bulan Kebangsaan. 

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta komuniti Kuala Terengganu yang hadir memeriahkan program ini.



